salam semua.....
arini topik kita adalah kawen. yeayyyyyyy! jom kawen, jom kawen. mau, mau, mau! opssss.....!jgn lebey2 ekk. harini kite nk crita ttg perKAHWENan ikan laga. mesti korang nk tau ape step2 n bahan2 (bahan2???) yg diperlukan kan? hiksss..... jom kita review satu per satu apa persiapan yg kita perlukan untuk perKAHWENan ini.
1) Induk Jantan
Mestilah perlukan induk jantan. meh berkenalan ngn induk jantan saye. ok tak? wane chrome. nk kate hitam pon bukan, silver pon bukan. kelabu kot.... pastikan die da bersedia untuk dikahwenkan ekk. macam mane nak tau? oooo...senang aje.... kl manusia, kite tengok tahap 'Kegatalannnye' kan? tp kl ikan ni mcm ne nk tau ia gatal ke tak? hurmm....senang aje. tahap kegatalan ikan ini boleh diukur dengan melihat buih2 yang die buat kt atas permukaan air tuh. cube terhatikan pic ni betoi2. kt kanan pic tuh, ada buih2 kan? haaaa....tu maksud die, ia dah ready n bersedia fizikal dan mental untuk dikahwenkan la tu.
2) Induk Betina
Ni pasangannya. cemane nk mengawan kalau tak berpasangan. induk betina pon kene pilih yang matang gak. selalunya ikan betina ni tak cantik. ekor die pendek jek. stakat ni tak pernah la lagi jumpe ikan betina y ekor panjang.korang penah jumpe ke? kl penah jumpe, kt mane ekk? spesis baru ke? haaaa....ikan betina ni selalunya harga dia murah. yer laa....tak cantik sgt kan. so murah aje laa tauke kedai tu jual. slalunya harge die 50sen jek. murah kan? sy siap beli 3 arituh. hahahaha! ni pon same gak care nk check tahap kegatalannye. cube tengok die ada hasilkan buih or tak. n lagi satu, tengok kt bahagian perot die. slalunye perot die akan boncet n akan ada satu titik putih kt bawah perot die- kt bahagian anus. pic pertama - induk betina, pic kedua tuh pic induk2 betina. ada 3 ekor - sebab murah kan......
3) Preparation
i) Akuarium ikan
kena ada akuarium yang sesuai - jangan kecik sgt. kang kesian kt si betina tuh kene kejar ngn si jantan. jangan lupa hias sket2 akuarium tuh. masukkan pokok2 untuk dijadikan kubu bagi induk betina bersembunyi. pokok kiambang juga digalakkan untuk dimasukkan dalam akuarium tuh. kalo susah2 sgt, ganti jek ngn polistrin y putey tu. kenapa kene wt macam tuh? tu sebab nk halang buih2 yg si jantan buat hilang.
ii) Sesi berkenalan
Mula2 kene bagi ikan2 tu berkenalan dulu. letak induk betina dalam mangkuk transparent or paling senang n save budget, korang potong jek botol mineral yang 1.5liter tuh.ketinggian botol mineral tu haruslah selaras ngn ketinggian akuarium. Isikan air n induk betina dalam tuh & letak dalam akuarium si jantan. time ni si jantan akan jd 'tak keruan' (mcm tak sesuai jek perkataan tu kan????). si jantan akan mengembang2kan ekor n insangnya. rasanya ia wat tarian untuk pikat si betina kot.
4)Kahwen jommmm!
yeayy yeayyyyy! ni la masa yang ditunggu2. selepas diorang dah berkenalan - sehari, dua cukup kot. kang lame2, kesian lak kat si jantan tuhh. penat ia kembangkan2 ekor n insang sepanjang hari. keluarkan ikan betina dari bekas transparent tersebut n kita biarlaa diorang kawen. masa ni akan berlaku adegan kejar mengejar mcm gerak khas tuh. laju betoi diorang berenang. masa diorang kawen tu (kl korang bernasib baik, dapat la tengok), si jantan akan mengeluarkan sperm y berwarna putey dan ianya akan membelit betina, mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih tadi.
5) Telur dan Penetasan
Bila dah kawen mesti laa ada hasilnya kan? so kat sini kita dapat lihat telur2 tu dalam buih2 yang dah disediakan oleh si jantan waktu awal2 td. selalunya si jantan akan masukkan dalam buih2 dibawah pokok kiambang atau polistrin tersebut. pic diatas adalah pic telur2 ikan laga. perhatikan di sebelah kanan tuh ada buih2 yang mengandungi telur ikan laga. pic dibawah ni pulak menunjukkan anak ikan ni waktu umo sehari. (ada arrow merah) dan pic kedua tuh umo die 2-3 hari. kecik2 aje diorang ni.....
Peringatan: lupe lak nk cakap. lepas kawenkan mereka, ceraikan la si jantan dan si betina tuh. tinggalkan si jantan dengan telur2 tuh. si jantan akan menjaga telur2 tu dari pemangsa lain (tp dalam akuarium kite kat rumah mane ada pemangsa lain kan kecuali si betina tuh. jd keluarkan laa betina tu yerkkkk). setelah telur menetas (24-36 jam), keluarkan induk jantan lak. kl tak keluarkan si jantan tuh......, sia2 jek laa korang kahwenkan diorang ni.
6) Pemakanan
ermm....mengikut blog2 lain, seelok2nya lepas 3 hari baru kite leh bagi baby2 ikan tu makan. bagi laa rotifer ngan air ijau untuk supplement die. air ijau tuh sebernarnya adalah chorella. g kedai ikan, mesti diorang tau. masa baby2 ni kecik, jangan letak diorang ni kt tmpat yang terang/cerah/direct sunlight. kesian diorang, dah la baby lg....nnt rosak mate n organ2 diorang. lepas seminggu leh laa bagi makan moina atau artemia. pastu dah tak kisah la nk bagi si ikan tu makan pe (makanan ikan yer...jgn nk pandai2 wat eksperimen bagi pellet ikan koi ke, nasik ke, roti ke....) kalo rajin leh la bagi makan jentik2 atau frozen worm. mesti baby2 tuh suka.
sorry, untuk part ni, tadek pic. ikan tak besar lagik, so tak dapat laa nk tunjuk kat korang. nnt bile seminggu, kite update lg yer. tq n slamat mencube yer....
fuyooo..details betui kawan aku buat ni <3
ReplyDeletehahahaha! ni kali kedua aku wat pojek ikan laga kawen. slalunya anak2 ikan tu tak sempat besar pon. heeeee! mati atau pun aku buang jek sbb tak larat nk jage. kecik2.tak nampakkkk.tu y tercampak keluar mase nk tukar air.
ReplyDeleteKalau nak tahu betina sudah bersedia ke belum tengok badan berbelang-belang secara menegak x atau tengok kat perut dia ada biji putih bukan tengok buih kalau dia buat buih banyak2 makna jantan
ReplyDeleteKalau nak tahu betina sudah bersedia ke belum tengok badan berbelang-belang secara menegak x atau tengok kat perut dia ada biji putih bukan tengok buih kalau dia buat buih banyak2 makna jantan
ReplyDelete